SUKA BLOG MAR?

Monday 27 June 2011

MUSIM CINTA SUDAH BERLALU~~~

"perkahwinan dimulakan  oleh sebuah cinta
,tetapi hanya disempurnakan
 oleh satu tanggungjawab"

Seorang isteri mengeluh mengapa suaminya sudah semakin jarang mengirim SMS berisi kata2 cinta,sayang,rindu seperti mula2 kahwin dulu.Kalau adapun tidak sekerap dan sehangat dahulu. Mungkin hanya sepatah"okey","ya" atau"tidak" sahaja yang tertera di telefon bimbit.Adakah dia sudah jemu?Atau cintanya sudah berkurang?Begitulah detik si isteri.
Kadang2 suami sudah semakin mahal dengan senyuman.Kata2nya boleh dikira.Sudah banyak diam.Pujuk rayu?ah jauh sekali..!
Memang begitulah resmi lelaki.Semakin banyak bebanan semakin sedikit luahan perkataan.Kesukaran kekadang menimbulkan kebisuan.Itu petanda ketenangan semakin dihakis.Dihakis oleh cabaran kehidupan.Menjadi seorang suami bererti mengucapkan selamat tinggal kepada alam bujang yang penuh kebebasan dan serba boleh.Jika tidak pandai mengawal hati,mengurus emosi..semakin bertambah usia perkahwinan,hidup akan menjadi sunyi..
Namun saya sedar,apa yang saya tulis ni kemungkinan akan dicebikkan oleh pasangan yang hangat bercinta.Mana mungkin pasangan yang begitu setia berSMS atau"bergayut" berjam2 lamanya di telefon boleh menjadi beku dan kaku seperti tu.Tidak mungkin "kami "akan jadi seperti itu..Mungkin itulah yang berbunga di hati masa kini.Tetapi nanti dulu,pesan saya cinta itu pasti diuji..
Apabila sudah berumah tangga usah hairan jikalau isteri yang penyengap menjadi kuat berleter.Manakala suami yang dahulunya begitu lebar senyuman dan ketawanya,perlahan lahan menjadi seorang pemenung dan pendiam.Kesukaran tugas dan beban tanggungjawab menyebabkan seorang lelaki banyak berfikir dan mencari jalan penyelesainya.Ya!potensi suami menjadi ahli falsafah semakin terserlah apabila menjadi suami apatah lagi menjadi seorang ayah!
Rupa2nya ketawa yang besar dahulu bukan kerana benar2 gembira tetapi kerana belum mengenal erti kesusahan.Begitu yang senyap dahulu bukan kerana benar2 pemalu tetapi belum dicabar kesibukan dan cabaran tugasan.Hakikatnya lelaki dan wanita sama2 teruji dalam sebuah gelanggang mujahadah yang dinamakan rumah tangga.
Musim cinta sudah berlaku.Tiupan angin yang sepoi-sepoi bahasa perlahan2 bertukar menjadi taufanJika tidak bijak dan sabar mengawal kemudi hati,pasti tersungkur peribadi dan runtuhla pertautan dua hati.Benarlah kata hukama,perkahwinan dimulakan oleh sebuah cinta,tetapi hanya disempurnakan oleh satu tanggungjawab.tanggungjawab yang diertikan satu beban,tugas atau amanah yang mesti kita "tanggung" didunia,"disoal"dia akhirat dan mesti kita "jawab"dihadapan Allah S.W.T
Kita sedar bahawa menjadi seorang suami mahupun isteri bukan hanya untuk menikmati keseronokan dan kemanisan yang diingini oleh fitrah manusia tetapi yang lebih penting berkahwin itu adalah perintah dan amanah daripada ALLAH.
Kita sering diigatkan,bahawa untuk mengukuhkan hubungan antara makhluk(dalam konteks suami dan isteri),khalik(Allah)wajib menjadi matlamatnya.Begitu juga perkahwinan,matlamatnya adalah untuk mencari keredhaan Allah s.w.t.Rumah tangga hakikatnya ialah satu gelanggang ibadah untuk meraih pahala dan keredhaanya.Bukan cinta isteri atau suami yang menjadi matlamatnya,tetapi itu hanya alat.Alat yang digunakan untuk mencapai matlamat.Ertinya,cintakan suami dan isteri mesti berdasarkan rasa cinta kepada Allah.Apabila ini menjadi asas dan terasnya,maka itulah yang dikatakan bercinta dengan rasa tanggungjawab.
Cinta tidak boleh terpisah daripada tanggungjawab.Gabungan kedua2nya yang melahirkan rumah tangga yang bahagia.Jika ada cinta tetapi tiada tanggungjawab,lambat laun cinta akan luntur dan rumah tangga akan terkubur.Sebaliknya jika ada tanggungjawab tetapi tidak ada rasa cinta,maka hilanglah seri dan kemanisan rumah tangga.UMpama hidup segan ,mati x mahu.Ketika kemanisan bertukar pahit,ketika keseronokan beralih kepada kesukaran,maka tinggalah rasa tanggungjawab untuk menyempurnakan sebuah perkahwinan.Ketika itu rasa cinta mungkin sedikit terumbang ambing atau seakan-akan mula meminggir,tetapi rasa tanggungjawab yang akan mengikatnya kembali dengan setia dan sabar.Genggam bara api biarlah sampaijadi arang.Begitulah kekuatan satu tanggungjawab yang mampu bertahan ketika cuaca rumah tangga atau bergelombang.
Salah satu ujian terbesar dalam rumah tangga ialah terserlahnya warna sebenar pasagan kita.Saat itu akan tiba.Dan janganlah akan terkejut jika kita dapati dia seolah2 insan lain yang belum pernah kita kenali.Hairan melihat perubahanya?Jangan berasa hairan kerana dia juga berasa hairan dengan perubahan kita.Hakikatnya dia dan kita sama2 berubah.Warna sebenar yang menurut pakar2 psikologi hanya akan muncul apabila mencecah lima tahun usia perkahwinan.Justeru ,jangan sesekali kita merasakan sudah mengenali pasangan kita walaupun telah lama hidup bersama2 sebagai suami isteri.proses perkenalan antara pasangan mestilah diusahakan dan diteruskan secara  konsisten.Ini satu langkah kearah pengukuhan cinta dalam rumah tangga.Bukankah x kenal maka x cinta?Jadi apabila cinta tergugat,itu petanda yang menunjukkan proses pengenalan juga telah terencat.Oleh sebabitu tunggu apa lagi?Teruskan perkenalan dengan pasangan anda sengan cara bertanya,berkongsi,meluahkan dan meminta pandangan.Jangan sesekali menggunakan" fail lama" untuk mencipta keserasian baru.Terimalah hakikat bahawa minat,hobi dan kecenderungan pasangan kita telah berubah.
Membina cinta ketika tarikan fizikal dan keinginan seksual sudah menurun memerlukan keikhlasan.Di mana lagi sumber keikhlasan jika tidak kembali kepada iman?Ertinya kembali kepada Allah.Percayalah keadaan yang serba serbi tak kena,hilang tumpuan,kurang selera makan,tidak ada"mood" untuk bercerita dan berbicara adalah bukti terhakisnya ketenangan dalam hati.Dan itu semua adalah berpunca daripada lalai dan alpanya hati daripada zikrullah."ketahuilah dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang".
Iman dalam hati akan menyebabkan suami dan isteri saling bertanggungjawab.Walaupun terasa berat mulut untuk berbual dengan isteri,akibat beban masalah menyara rumah tangga,namun digagahi jua oleh kesedaran kata2 yang baik itu adalah sedekah.
Walaupun terasa sukar mengukir senyuman dihadapan suami bahana kerenah anak2,tetapi isteri yang beriman terus bermujahadah..dan terus tersenyum di hadapan suami kerana menyedari senyuman itu ialah satu sunah.Sedekah dan sunah yang dilakukan oleh suami dan isteri inilah yang menurunkan sakinah dan mawaddah dalam sebuah rumah tangga.
Ya,apabila musim cinta sudah berlalu,semailah "pohon" tanggungjawab.Insya-Allah,musim cinta akan kembali dan ketenangan dan kebahagian akan kembali harum dan mewangi!

artikel dipetik dari majalah solusi,isu 6.mencari bahagia....
serius mar suka majalah solusi..sebab bila baca ibarat dapat motivasi baru dan mengajar banyak benda dalam kehidupan mengikut syariat islam...walaupun harga dea rm9..tp sangat2 berbaloi..(^__^)..niat d hati nak berkongsi ngan pembaca semua..thanx sudi baca...!!!

3 comments:

  1. entry membuatkan kite merenung seketika...

    ReplyDelete
  2. akuh sedih huda...ko boleh baca blog akuh..tapi akuh..xboleh dahh..windu nak usha blog ko

    ReplyDelete
  3. salam ziarah :)
    jemput laa datang jenguk entry terbaru saya yer .. :D

    http://ajeyyrawk.blogspot.com/2011/08/hasil-edite-gambar-dengan-picnikcom.html

    ReplyDelete