SUKA BLOG MAR?
Sunday, 27 March 2011
CiNt@ iB@R@T pEn@
Pena dicipta untuk menulis.Selagi ia digunakan untuk menulis,selagi itulah pena itu berada dalam keadaan selamat dan berguna.Tetapi sekiranya pena itu digunakan untuk mencucuk,dicampak atau digunakan sebagai pengetuk,maka ia akan rosak.
MENGAPA??
pena akan rosak sekiranya ia digunakan bersalahan dengan tujuan ia diciptakan.Ia diciptakan untuk menulis,bukan mengetuk atau mencucuk.Pena yang disalahgunakan akan rosak.Apabila rosak ia akan dibuang ke dalam tong sampah.Ketika itu ia tidak dinamakan pena lagi.Ia dinamakan sampah!
begitu juga cinta.Cinta dicipta oleh Allah untuk dua insan bernama lelaki dan wanita untuk beribadah kepada Nya.Selagi cinta berlandaskan dan bermatlamatkan ibadah,yakni selaras dengan tujuan ia diciptakan,maka selagi itu cinta itu akan selamat dan bahagia.Sebaliknya ,jika cinta itu diarahkansecara bertentangan dengan tujuan ia diciptakan,maka cinta itu akan musnah dan memusnahkan.Keindahan cinta itu akan pudar dan tercalar.
Ketika itu hiduplah kedua-duanya(suami isteri) dengan perasaan yang hambar dan tawar.Tanpa cinta,manusia akan "bertukar" sama ada menjadi haiwan ataupun robot yang tidak punya rasa kemanisan lagi-bukan sifat-sifat dalamannya.Hidup berumah tangga tanpa cinta umpama kapal yang belayar tanpa angin.Keserasianya mudah retak.Hanya kerana kesalahan yang sedikit,perbalahan dan krisis mudah berlaku.Keadaan rumah tangga pada waktu itu boleh diumpamakan sebagai hidup segan,mati tak mahu.
berminat nak baca kesinambunganya~~~~~~~page 49,majalah solusi..cinta andropaus dan menopaus..=)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment